BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 9, 2012

Rezeki hingga disitu..

aku rasa mesti korang tertanya2 kan.. apa maksud tajuk yang aku tulis tu kan... 'Rezeki hingga disitu'........... kalo nak tahu, jom ikuti kisah sepenuhnya..hihi.. (da mcm dlm majalah pulakk)..


Aku mula bekerja kembali di tempat lama setelah sebulan cuti (almaklum ikut student cuti) tapi pekerja kene masuk awal seminggu la... walau pada minggu pertama masih lagi xramai student, yang ada pun hanya dak2 MPP jer.. namun kami ni terpaksa bekerja. Tapi yang kerja hanya pekerja koperasi jer, dobi tidak pula bukak. Masuk minggu kedua ada ura2 mengatakan bahawa ada seseorang yang akan bekerja di koperasi. Padahal orang atasan telah mengetahui bahawa tiada lagi kekosongan di koperasi, yang ada hanya lah di dobi. Namun di hari pertama minggu kedua aku bekerja, aku ditegur sapa oleh akak yang menjaga dobi. 


Aku hanya menjawab ala kadar shaja kerana hati aku ada sedikit sakit dengan dia bile mengenangkan kisah mggu lalu. Khabar yang dibawa pada aku tersangat-sangatlah menghilangkan rasa hormat aku pada dirinya. Namun aku tetap memaniskan wajah ketika bercakap dengannya. Namun teman bekerjaku terus menarik lenganku dan menutup 'sliding door'


ima : kak...kemungkinan akk yang baru tu akan masuk kerja hari ini..


aku terdiam lagi. memang aku sudah maklum akan perkara ni bile akak dobi tu memberitahu padaku minggu lepas dan dia menyatakan bahawa yang seseorang yang nak masuk keje tu, tegar hendak bekerja di koop. dia kata bahawa dia tidak hingin bekerja di dobi kerana alasannya penat dan kemungkinan aku yang akan dipindahkan ke dobi. Panas beb hati time tu.. boleh pulak di akak dobi ni kata yang seseorang itu yang merupakan kawan lama dia yang pernah menjaga koop sebelum kami bekerja seorang yang 'PRO' la kononnya... baiklah... kite tengoklah setakat mana  'PRO' nya kawan dia tu.

ima : and kemungkinan sir kata akk akan dipindahkan ke dobi..


tersentak aku time tu.. Ya Allah.. apa dah jadi ni.. kenapa aku? kenapa aku pulak?? time tu memang dah terucap kata2 dah.... 
Sakitnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu... dah la time tu keadaan koperasi yang tersangat2lah nazak dengan jajan2 dan toiletries yang bru dihantar supplier mggu lepas... Akhirnya aku bersuara..........




PBHT: kalo betul akak ditukarkan ke dobi.. that's it.. akak berhenti.


ima terkejut namun itu lah keputusan yang terpaksa aku buat. xlama selepas itu... dua makhluk Allah ni datang masuk ke dalam koperasi. Si akak dobi ni pun sibuk nak kenalkan kami dengan seseorang yang kononnya 'PRO' tu... 


bile dikenalkan langsung aku xboleh nak pandang muka si dia tu. enth lah.. hati aku kuat mengatakan dia ni mesti da cakap pe2 pada orang atas,sampaikan org atas tu sanggup nak pindahkan aku ke dobi. hurmm, aku malas nak layan akak berdua tu. dan yang paling membuatkan darah aku mendidih bile si akak dobi ni ley kata 


'URM, PBHT TGGU JE LA SMS DRI TETTT SAMADA PBHT KEJE DI KOOP ATAU DOBI'


Berasap je telinga aku dengar. Yg pompuan lg srg tu buat muka xbersalah je kan.. sepatutnya kau lah yang kerja ngan kawan yg sama je fiil ngn ko tu.. bukan aku... XHINGIN aku nak bekerja ngan orang yang xamanah dan suka CURI TULANG... aku xsuka lah kerja ngan org suka MAKAN GAJI BUTA NIYH!! seyes aku xsuka seyh... nak kata muda, dah jdi mak org dah pun.. tapi apa punya perangai, aku pun xthu la... aku xkisahlah cara kau nk bekerja mcm mana pun tapi bile dah melibatkan aku... tu yang aku xpuas hati tu... yang sedappnya ko.. yang penat nak mati nya aku... tapi kalo time dapat gaji.. bukan main lagi... lajuuuu jerr.... macam ni punyer org pun ada...


kalo korg nak tahu kawan yang nk keje sgt kat koperasi ni pun sama suka balik rumah. waktu lunch tu akan digunakan sebaik mungkin utk balik kerumah dan alasan nya nak susukan anak masing2.. aku nak tengok je.. dulu si akak dobi tu pun alasannya sama jer.. mula2 1 jam je rehat, pastu dua jam..lama2 sampai 4 jam. macam2 alasan yang dia bagi yang kadang2 bagi aku tersangat2 lah xlogik.. tu blm lagi keluar dengan laki dia.. teman laki sia kesana kemari,tpi kul 12tghri ttp gak nak balik... adehhh... mcm nak cakap je.. lebih bek xyah datang kerja la kak. tapi punch kad tetap nak..tapi ornya xde... 


kalo korang lah kan, apa agaknya yang korg rasa... setiap hari berperangai mcm tu.. sape boleh tahan beb!! lama kerja ikhlas jdi dah xikhlas korg tahu x.. 


bile pompuan tu masuk je koop, aku menyibukkan diri dengan mengemas semua brg2 yg dihantar.. tapi aku xdpt kawal kesedihan, aku lari menyembunyikan diri ke surau.. aku menangis sepuas2 hati aku... sungguh aku terasa xdihargai langsung oleh majikan. dan aku membuat keputusan hari itu adalah hari terakhir aku berkhidmat disitu..dan esok tiada lagi aku....


itu lah serba sedikit kisahnya... walaupun mcm2 yang aku dengar dri pihak sana.. Namun aku hanya memekakkan telinga walaupun hati aku sakit. Mungkin rezeki aku disana hanya terhenti sampai disitu sahaja. Mungkin Rezeki aku ada ditempat lain yang belum aku ketahui.


Kerna aku percaya Rezeki itu ada dimana-mana... ^___^


p/s : aku mendoakan semoga akak2 tersebut berubah lah kerna gaji yg anda2 perolehi diberi makan pada anak2 awak..so faham2 je la ye.. seronok sangat ker dpt duit yang xseberapa dengan titik peluh anda.. Renung2kan lah ye..


salam sayang- PBHT 

0 comments: