BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 9, 2012

Keluargaku

hai..assalammualaikum semua... lama dah kan kite x berjumpa diruangan PBHT...


urm, maaf lah sebab lama gak dah xupdate apa2 post kt sini. byk perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kan. dan begitu juga diri aku.. byk perkara yang terjadi dalam hidup aku selepas tarikh 17 June 2012.... banyak perkara yang telah mematang kan aku dari segi kehidupan.


kisah bermula dimana aku bru kembali dri tanah airku.. ibuku sering mengadu kesakitan, lenguh pada seluruh badannya.. saban malam aku tidak tidur lena kerana dikejutkan ibu yang sakit tulang belakang.. katanya sakit hingga ke tulang hitam.. hari berganti hari dan dalam diam genap seminggu... aku sendiri menghantar ibu ke poliklinik berdekatan. Aku kasihan melihat ibu yang sakit teramat2 sgt.. sungguh aku tidak sampai hati.. doktor memberi suntikan di punggung ibuku dan jg ibu diminta untuk membuat ujian air kencing dan ternyata ibu ku menghidap penyakit kencing manis. dan kadar gula dalam badan mencecah 12.3 pada waktu itu.  Namun, aku sangkakan keadaan ibu akan makin baik........namun lain pulak yang jadi....


keadaan ibu aku menjadi semakin serius apabila ibu asyik muntah2.. namun aku bersyukur kerana pada hari yang ibu dimasukkan ke wad, ayah balik ke malaysia... aku kuatkan hati membawa kereta gajahku ke bandar melaka. aku nekad dan pasrah pada waktu tu. itulah kali pertama aku bawa kete gajahku ke bandar. Hanya Tuhan je yang tahu hati aku waktu tu. Namun aku kuatkan juga demi ibu tersayang. Ibu duduk di sebelah aku menjadi co-pilot. Namun dalam tenang aku membawa kete, ada sebuah kete yang tidak bertauliah sengaja memotong dengan cara yg sangat berbahaya........ ibu menjerit namun aku diam shja. tidak berkutik langsung. Jantung aku berdegup kencang tika itu. Tiada apa yang keluar dari mulut aku.. dalam hati aku memujuk diri agar aku tidak kalut. selepas mengambil ayah..kami pun pulang ke rumah dan waktu tu, ayah lah pulak yang drive. Namun, perkara yang sama juga yang jadi ketika ayah sedang drive... sebuah kereta yang bru masuk signal, trus nak tukar lane padahal, kereta sume tengah rapat2... menjerit ibu sekali lg namun apa boleh buat.. Jatung masing2 berdegup kencang... Memang orang2 ni semua xsayang nyawa agaknya..detik aku dalam hati....


Namun sesampai dirumah,xsampai beberapa saat, ibu muntah2.. aku yg risau tiada lagi berkompromi dengan ibu. Aku bertegas agar ibu pergi ke hospital.  Walaupun aku tahu ibu xnak, namun aku terpaksa memaksa dia.. aku risau akan kesihatan ibu yang makin teruk tika itu. selepas maghrib, aku ibu dan mak saudara ku hantar ibu ke hospital.......


Nak jadikan cerita 12tghmlm, akhirnya ibuku ditahan wad..wlpn dirayu pada doktor,namun doktor tidak mengizinkan ibuku pulang. keadaan ibu sangat berbahaya pada saat tu. kebetulan Lusanya adik lelaki ku akan sambung belajar di selatan tanah air... kami pergi menghantar adik lelaki ku tanpa ibu. adik lelaki ku banyak mendiamkan diri. Aku tahu jauh disudut hati dia,dia juga sedih kerana di hari pertama dia akan meninggalkan kami tanpa ketiadaan ibu. aku dapat lihat dari raut wajahnya.... betapa dia sedih...cume dia hanya menahan airmata lelakinya. sehari sebelum dia meninggalkan bumi hang tuah, kami ade melawat ibu di hospital.... aku sebak, lalu menangis sambil mencium dan salam tangan ibu... sangat2 pilu hati.... ibu pun menangis.... xsanggup aku lihat wajah sakit dan sedih ibu...


adik lelaki aku tidak banyak bercakap...dan kami meninggalkan dia.... dari raut wajah, menyimpan seribu kesedihan walaupun dia xungkapkannya. Ayah juga kelihatan sedih dan serabut. aku tahu ayah tidak cukup tidur dan satu malam aku melihat dengan mata kepala aku sendiri... akhirnya airmata lelaki ayah tumpah juga... genap seminggu ibu di ospital dan akhirnya disuatu petang ketika aku berada di melaka sentral utk membeli tiket ayah pulang ke tanah air... aku dpt panggilan dri ibu yang menyatakan bahwa dia dah boleh pulang. Gembiranya tidak terkata namun bile berita itu aku sampaikan pada ayah... baru lah aku dapat melihat senyuman dan gurauan dri ayah.. senyuman yang bukan dibuat2 tapi ikhlas dri hati. baru lah aku lega.. lega sangat2.. akhirnya masih ada sinar kenbahagiaan dalam keluarga aku. Namun dugaan lain pula yang datang bile adik perempuan aku menelefon memberitahu bahawa rumah sewa nya hampir dimasuki perompak. Ya Allah, betapa sebaknya hati aku memikirkan keselamatan adik yang disana pula. Namun, kami semua kene kuat...


Adik perempuan aku berkata, Insya'Allah xde pape.. dia dengan budak rumahnya akan mengambil langkah berjaga-jaga. Saban kali selepas solat aku mendoakan semoga keluargaku sentiasa dilindungi oleh-Nya walau dimana sahaja kami berada. Amin.


NI SAHAJA UTK HARI INI - PBHT

0 comments: