BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 30, 2011

NORA PART 1

sketsa pendek coretan aku...

Nora seorang gadis yang menuntut di sebuah ipts yang terletak di selatan malaysia dan berkenalan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Naz.. Mereka berkenalan di satu laman sosial dan dari situ, maka terbitlah bunga-bunga cinta antara mereka... namun percintaan mereka tidak kemana.. kata pepatah disangkakan panas tapi hujan ditengahari...

Cuti hujung minggu sudah berakhir dan Nora tidak sabar untuk membuka e-mail nya.. yela, org tengah mabuk bercinta la katakan... Di dalam hati sudah merancang untuk bertanyakan khabar si dia dan mengharapkan sesuatu dari si dia selepas beberapa hari tidak 'berchatting'..

Setiba di bilik, Nora pn membuka e-mail nya.. yes!! hati rasa gembira dan bersorak riang kerana di inbox ada tertera nama Naz.. Nora pun klik pada nama Naz.. Isi kandungannya hanya beberapa patah dan ringkas sahaja tapi mempunyai maksud yang sangat2 mendalam hingga mencengkam jiwa..

Nora membaca isi kandungannya dua tiga kali... mata bagaikan tidak percaya...

dan untuk bacaan kali yang ketiganya, bertemankan dengan lelehan airmata yang tidak dapat ditahan lagi..
Segala rasa sepanjang perjalanan ke asramanya tadi hanya impian tinggal harapan sahaja.. khabar duka yang menemani hati saat itu..

sepotong ayat yang amat memilukan hatinya...

'MAAFKAN ABG, ABG TIDAK BOLEH MENERUSKAN PERHUBUNGAN INI LAGI'

dengan hati yang berat, Nora hanya merelakan walaupun hatinya tidak merelakan..

Sedikit pun Nora tidak bertanya,mengapa dirinya ditinggalkan tanpa alasan.. Bagi Nora, andai tiada lagi perasaan kasih di pihak sana, buat apalah dia mengharap lagi pada kasih yang tidak sudi...

Malam itu, Nora tidur dengan menatap gambar si dia sambil bertemankan air mata... saban malam mengingati..hingga akhirnya Nora pasrah..

Nora bagaikan menjalani kehidupan dengan penuh kepalsuan, di sudut luaran dia seorang yang positive namun dari segi dalaman...

Hanya Tuhan sahaja yang tahu...

NORA-PBHT

0 comments: