BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 1, 2011

Ceritamalamini

hari ni pada tarikh 2/7 adelah hari ulangtahun si dia yang pernah bertakhta di hatiku suatu ketika dahulu.. walaupun aku dan dia hanya tinggal kenangan tetapi setiap detik untuk sampai ke tarikh ni,sungguh mendebarkan aku. Pernah terniat untuk mengucapkannya hanya melalui text di hp nya. namun, aku terpaksa batalkan niatku itu kerana aku tidak mahu diriku kecewa jika tiada maklum balas darinya..pada mulanya aku ingin bertindak nekad tapi kewarasan akal ku membantatkan segala perancanganku.. Aku mula membuat keputusan untuk tidak terus menghubunginya lantas mendiamkan diri... tetapi entah kenapa,hatiku masih lagi terusik.. kuat mengatakan apakah salah jika aku hanya memberi ucapan hari lahir tanda ingatan sebagai seorang sahabat( ya, sahabat..) walaupun tali persahabatan kami juga telah terputus kerana silap aku sendiri..kerana kedegilan aku juga menyebabkan aku hilang terus dia sebagai  seorang sahabat,namun apa daya aku, aku hanya seorang insan yang lemah..dan tepat pada 12am tdi,aku telah mengirimkan mesej padanya "selamat hari lahir dan semoga dipanjangkan umur & Dimurahkan lagi Rezekinya dan semoga dapat mencapai segala yang diinginkan..Amin". Aku xthu samada dia on9. Kiranya dia tidak membalas apa2 pun aku tidak kisah janji dia tahu aku masih lagi menganggapnya sebagai seorg sahabat waima tidak bagi dia.

Aku-PBHT