BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 29, 2011

Pengalamanyangpalingmenakutkanku

hai sume... ermm arini PBHT nak share story ngan korg sume apa yg pernah PBHT alami..pengalaman yang paling ditakuti PBHT sepanjang hidup PBHT.. PBHT ternyata seorang yang suka pada cerita2 alam mistik ni.. Dari segi movie,buku2,sume PBHT minat.. tapi bile mengalaminya..ianya mmg sstu yg mengerikan.. seringkali di hempap dan juga pernah dipeluk dengan seeratnya.. mungkin itu yg biasa PBHT lalui.. kadang2 PBHT dapat melihat kelibat2 tuuttt..... MUngkin juga PBHT punya deria ke enam tapi PBHT tidak mahu berkata dengan megahnya..ade sbb tertentu, yg menyebabkan PBHT tahu akan sstu perkara yg blm tjdi..Itu sume anugerah dari Yang Maha Esa.. Wlpn dikurniakan deria ke enam ttpi PBHT tahu xsume org sanggup untuk memilikinya.. bgtu juga PBHT..yela,kata org siapa yg nak kan.. dalam byk2 kejadian pelik yg terjadi dalam hidup PBHT perkara yang PBHT takut sekali adelah Cik Pon..(fhm sndri la yer) Bnda tu pernah hadir  dlm mmpi smbil menyeru nama PBHT...dan ianya mmg menakutkan dan terus PBHT sedar dari lena, bulu roma meremang...dan terasa seperti diperhatikan...byk lagi kejadian pelik yang terjadi pada PBHT ttpi minta maaf PBHT xblh menceritakan semuanya.. biarlah ia menjadi rahsia PBHT.. untuk menyatakan semuanya takut nnti korg yg takut..haha... k, tu jela nak share ngn korg..hihi.. Namun apa pun yg terjadi.. Kita sebagai umat Islam harus sentiasa mengingati Yang Maha Kuasa dan percaya bahawa Allah swt dan malaikat2 sentiasa berada disamping kita..

Pengalamanku-PBHT

Tuesday, June 28, 2011

Coretanhatiku

alhamdulillah dan tahniah aku ucapkan kepada engkau wahai sang kekasih. Kini kau da peroleh apa yang kau inginkan.. kau telah berjaya membuatkan aku bagai orang bodoh yang setia menunggu engkau. kau juga telah membuat aku ternanti2 akan khbar berita dari engkau dan aku sungguh bahagia sekali apabila melihat kau kini sedang ber'in a relationship dengan org lain..tahniah aku ucapkan dan semoga engkau berbahagia lah yerr.. sungguh xde dendam pun dalam hati aku..mungkin aku kene terima suratan bahawa aku memang sering gagal dalam percintaan.. Cume aku agak terkilan kenapa tidak dari dulu lagi kau bertrus terang yg kau sudah punya pilihan hati yg lain, andai kau berterus terang,aku dengan hati yang terbuka dan dengan rela hati akan melepaskan kau kerana bagi aku tiada guna andai meneruskan perhubungan andai hati sudah tiada sayang.. Tipulah aku tidak cemburu namun apa yang boleh aku buat..dah itu pilihan engkau.. Walau apa pun.. terima kasih wahai sang kekasih kerna walaupun seketika cuma,kau pernah mewarnai hidupku...

Coretan Hatiku-PBHT

Monday, June 27, 2011

MisteriMalamTadi

salam..hey guys.. p kbr? harap korg sihat je la hendaknya yerr.. ermm arini PBHT nak share story tentang sesuatu yang agak misteri la..Mcm xpercaya dan memang susah nk dipercayai lah.. Benda ni terjadi masa malam tdi lbh kurang dalam 11.45pm la mcm tu. sume  org dlm rumah ni da tidur kecuali PBHT sbb tgah syok tgk tv. Remote tv PBHT letak kat atas sofa manakala PBHT baring kat bwh sofa..kira remote tv berada di sebelah je lah ngan PBHT.. Masa tengah tengok tv tibe2 ade org tekan remote tv.. pertama kali mungkin PBHT boleh diamkan sahaja tapi masuk kali kedua..hati terus xsedap..PBHT tgk remote control tapi mmg xberusik.. tibe2,kaki PBHT terasa hangat.. berderau darah PBHT...tapi PBHT diamkan sahaja...Walaupun bermain tv tapi PBHT diamkan sahaja....habis je siaran, takut2 juga untuk pegang remote tv tapi PBHT abaikan aje perasaan seram tu,tutup tv dan trus masuk tidur...

Misteri-PBHT

Sunday, June 26, 2011

Kecewa

Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau kuatkan lah hati Hamba-Mu ini Ya Allah dalam menepuh segala dugaan Mu Ya Allah..Aku tahu Kau sedang menguji kekuatan imanku..samada aku kuat untuk menghadapi dugaan-Mu... tapi ternyata aku tidak kuat jika ia melibatkan hati dan perasaan.. Saban hari aku berdoa agar aku kembali seperti 2 tahun dahulu..ingin sekali aku kembali menjalani hidup normal tanpa gangguan bayangan...
Kenapa aku jadi sebegitu kecewa sekali?? ya,kerana aku benci lelaki xguna..aku xsuka..Kau yang aku sanjung suatu ketika dahulu,telah menghakis perasaan sayang aku sedikit demi sedikit.. aku bagai xpercaya apa yang dinyatakan engkau di depan mata.. Memang dasar lelaki agaknya..Rasa hormat aku sedikit tercalar dan tanpa pengetahuan engkau,hati aku mula terguris..Aku menangis dalam diam hanya bertemankan airmata yang berlinangan..engkau tahu?? engkau tak tahu..kerana kau tidak pernah tahu.. Mungkin kau menganggap aku teman bicara mu mungkin kerna itu kau bebas berkata2 hingga terlepas kata2 yang tidak sepatutnya hingga membuatkan aku tersentak.. Aku bagaikan tidak percaya ada yang ada tertulis di depan mata..Tiba2 jari-jemariku tidak bermaya..aku yang aktif menekan keyboard komputer rasa kaku.xthu nak reply apa padanya yg setia menanti jwpn dariku...Aku hilang kata-kata..namun aku balas dan akhiri setiap katanya dengan mengatakan aku terpaksa log out. Aku baca sebaris ayat yang menyakitkan berulang-ulang kali.. tidak aku sangka dengan soalan aku yang hanya bertanyakan siapakah artis kegemarannya telah melukai hati aku sendiri..mungkin korg nk tahu apa yang telah dijwb oleh si dia tapi biarlah ianya menjadi rahsia hati ku.. Tetapi oleh kerana sayang, aku pujuk juga hati ni agar menerimanya... Aku cuba lupakan perkara yg lalu dan buka lembaran baru namun tidak ku duga...ianya terjadi kembali...Sedang aku melihat gambar2 seseorang di ruangan sosial yang sama, aku terkejut ada comment darinya yang berbaur.......korg mengerti sendiri lah... Airmata jatuh berlinangan..aku sedih...tiada apa yang dapat aku ucapkan...setiap gambar yang 'terbuka' sedikit pasti nama dia tertera disitu....aku kecewa bercampur hampa namun aku xpernah bertanyakan padanya..aku pendam sebuah duka..aku xmahu hanya kerana komen2nya,kami bertengkar. Aku mula menilai dirinya..Bila dia bersuara ingin bertemu denganku, aku berfikir panjang... walaupun hati menyatakan rindu dan sayang namun aku berat hati untuk menemuinya.. aku memberikan alasan padanya dan ternyata dia terima dan dua hari selepas dia mengucapkan hari kekasih kepadaku,aku dilepaskan.. Walaupun derita hingga kini, tapi aku masih kuat dalam melayari kehidupan aku..aku kini berhati2 dalam memilih..aku tidak mahu memperjudikan hidup kerana sebuah perhubungan namun tiada keikhlasan atau pun dalam CINTA tapi ternyata kosong..tiada nilai...Dan apa yang menyakitkan aku lagi perkara yang sama terjadi lagi..Hari ni, aku tergerak hati untuk membuka page teman yang sama dalam laman sosial dan comment yang berterusan juga aku dapat...kecewa,sedih semuanya ada..apa entah yang ada pada tuan punya gambar tu sedangkan bagiku pasangannya sudah cukup sempurna untuk dirinya dan lebih cantik lagi dari tuan punya gambar itu.. Sungguh insan yang aku kenali ini tidak menghargai isteri yang berada di depan mata..Matanya buta dalam menilai kasih syg yang telah diberi .. Jika isterinya tahu apa yang dilakukan suaminya..aku pasti dia tentu sekali akan lebih kecewa, seperti mana aku..suami yang disanjungi dan ditaati,dibelakangnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.....

Kecewa-PBHT

Wednesday, June 22, 2011

Pengajaran Untuk Kita Semua

salam.... hey guys..erm da bpe ari xceloteh-celoteh kan.. actually sehari dua ni PBHT bz ngan mengemas umah dan juga mengecat rumah...hihi.. Ermm,cerita mengenai mengecat rumah ni, PBHT de story yang nk share ngn korg..pada 21/6/11 yang jatuhnya pd ari selasa iaitu semalam petang sedang PBHT melipat kain baju,adelah sorang mamat melayu ni bagi salam dan kebetulan ibu PBHT sedang menyapu beranda rumah pn jawab lah salam..

Ibu: Awak ni siapa?
Abg Kete: Saya Abg Kete..ermm, akk sorg je ker?
Ibu: Eyh,xla..kan ada ramai org kat sini ni..xkan xnmpk kott...
Abg Kete: sambil tersenyum sumbing hihi..ermm,sy ni ejen kete,errm sy ditugaskan untuk memberi penjelasan ttg bagaimana pencuri kete skung mengumpil kete2 seperti Honda,Waja dan sebagainya.. Errmm, saya nak....
Ibu: Eyhh,nati-nanti dulu.......sebelum ko ni sambung cerita,akak nk tnya..ko nak citer-citer ni pastu nanti ko minta duit ke tak? hah! akak tngah xde duit ni..ko jgn nanti da bagi penerangan ko minta duit pulak..
Abg Kete: Eyh,xdela kak..Ermm bagi saya kunci kereta kak..

PBHT terkejut biler llki tu minta kunci kete..tetapi PBHT xblh nk keluar sbb pakai bju serba xsempurna la katakan..tapi ibu PBHT plak blh suh PBHT bg kunci kete..PBHT xnak la keluar and xnk bg kunci kete tu tapi ibu minta juga maka PBHT terpaksa juga bagi.. Hati mula xberapa nak sedap biler terdengar ibu berkata 'kenapa buka seluruh isi kereta ni? ko jgn buka suka-suka jer, nanti ko tahu tak pasang balik..akak xtahu mcm mana nak pasang balik tau...'
'tak pa kak, ni sy nk tunjuk kan mcm mana cara-cara drg umpil-umpil semua ni.."
 Yang PBHT mula ragu-ragu biler mata PBHT bertembung dengan mata lelaki tu, macam mamat tu memerhatikan  seluruh isi rumah..secara perlahan2 PBHT bangun dan masuk bilik dan mengambil hp. PBHT pun mendail la no org2 yg berada berdekatan....selesai menelefon,PBHT keluar dari bilik dan secara perlahan2 keluar ke ruang tamu dan kunci pintu utama walaupun ibu masih da di luar tapi door sliding masih terbuka... dan nasib baik adik angkat ibu sampai tapi dia tdk naik ke atas rumah..PBHT da kecut perut,kenapa lah lambat sgt sape2 nk dtg ni..then xlama tu, my aunty kol, dia pesan jgn sampai ibu kene pukau.. PBHT berjaga sje dri pintu sliding dan perhatikan shja apa yg dikatakan mamat tu dan tibe mamat tu bersuara 'siapa tu kak'? 'entah lah adik akak yg keje JPJ tu agknya' jwb ibu dan llki tu mcm cuak sikit..dan dia bg kad dan trus minta diri..kwn mamat tu yg sering mundar mandir mungkin memberi isyarat pd mamat ni agknya, trus drg cabut.. adik angkat ibu pun masuk ke perkarangan rumah dan menasihati ibu supaya jgn sembarang2 bg kunci kereta pd org lain waima dia kata dia keje syarikat kereta sekali pun... dan adik angkat mmberitahu ibu, ade 4 org lelaki yang berada dalam kereta tersebut dan nampaknya,mmg mereka ada niat xbaik.. dan xlama selepas tu adik dan abg ibu pun dtg...segala yg terjdi terjdi bgtu pantas dan nsb baik PBHT bertindak pantas, kalau tdk..xthu lah..PBHT fikir,Allah swt msh menyayangi kami sekeluarga... tu la yang PBHT nk share untuk hari ini...

Pengajaran-PBHT

Wednesday, June 15, 2011

Hey Guys..
Igt x ritu kan PBHT de jnji nk upload photo
Time g bercuti kat P.Langkawi kan..
So, I hope U Enjoy these pic yg PBHT dah upload kan..
Ngee :)


Time ni tga bratur nk nek Cable Car.. tga sesak2 bratur pun sempat Snap..\
hehe..


ni abang anas kiterr and abg photographer yg xbertauliah..
sape agy.. Mirul la..hehe
time ni kt dalam CC atau Cable Car


Ni la pemandangan dari atas..


Cantik kan pemandangannya??


Kagum dengan ciptaan Yang Maha Esa
Tersangat2 lah Cantik bagi PBHT


Ni la Jambatan Tergantung


Air Terjun..




Anas & Hairi


Kat salah satu station CC


Time ni kat Dataran Helang


Ni pic dak ecot ngn hani
makan selepas berjam2 kt atas gunung 
hehe




Masa ni nk g makan pasar Rabu atau Pasar Malam


Berkumpullah The Elmo's Gurls..


Kesengalan Melanda..
hehe..


Atin & Yana 








Hani & Fira


kat dataran sebelum bertolak balik..




beratur naik nek CC nya pasal












Comei x wajah2 kami sume??
Ngee...




Makan malam pd hari pertama sampai..


OTW ke Pasar Rabu








Yana, Wani, Farah


Comey kan kasut ni..
Very The Rainbow..
hehe..
Jgn marah ye tuan punyer kasuutt...


And lastly xsah kalo xde pic Helang kan..
hehe...

Ni jela pic yg dpt dikongsi bersama yerr...

Holiday Before Final-PBHT

Sikap

Yuuhhuu Everybody... Errmm, sebelum PBHT mula cerita kan..PBHT nk tanya sikit lah terutama pada kaum Adam la kan?? Korang suka tak dapat pasangan yang untuk di jadikan isteri yang mempunyai sikap 'MENTEL'? errmm, PBHT saje bertanya... Ok lah topik malam ni yang ingin PBHT share ngan korang lah pasal perempuan mentel (bnda ni tidak la ditujukan kpd sesiapa sebenarnya tpi sekadar subjektif) PBHT xtahu bagaimana ingin menerangkan tetapi ianya terjadi dalam my family and i take it a bit serius lah..xdelah serius mana cume ade sikit yang kurang berkenan di hati PBHT bila ada yang bersikap demikian dgn lelaki yang bukan mahram di rumah PBHT semasa ketiadaan PBHT dan adik2 yang lain.. yang ada cume Ibu dan adik bongsu sahaja..bile my mom told me the whole story apa yg terjadi sepanjang ketiadaan PBHT kt umah.. Rasa sakitnya hati.. Kalo korg de bca previous citer PBHT yg dlu yang pernah PBHT luahkan rasa marah pd seseorg yg menumpang tapi wat cm umah sndri tu, now skung ni da bwa awek tidur rumah.. Oh MY God!! emm, mmg paling pantang.. xmalu kerr.. awak tu dah besar.. msg2 ada anak.. tidur bersebelahan walaupun berada di ruang tamu.. Ibu PBHT yang rasa malu .. dan xsanggup nk tengok... kalo anak dara tu cm bese dgr la kan tapi janda beb... mana maruah kau sebagai seorang perempuan? kalo mak bapak kau tahu n kalau lah anak2 kau tu tahu perangai kau yang entah la..PBHT pun xtahu nk cakap... Yang xboleh blah Si Miss J ialah singkatan tu (Janda) dengan muka selamba bertanya pada my mom, tuan punya kereta..'Akak nk duduk depan ke duduk belakang?' sbb time tu yg si llki tu yg drive nk amek si Miss J tu.. Agak terkejut jgk sbb ade lg wanita seperti itu di dunia ini yang mukanya diselaputi tembok cina mungkin lah.. actually byk lg yang dilakukan si Miss J di rumah sepanjang kami adik-beradik xde...Tapi PBHT xnk lah citer sume kerana PBHT sedar xbaik mengaibkan seseorang itu cume..PBHT berasa sungguh kecewa dan terkilan dengan tindakan pihak di sebelah sana yang tidak tahu menghargai erti pengorbanan yang telah diberi..bukan mengharapkan balasan tapi paling tidak pun, fikirlah tentang perasaan orang lain....

Kecewa-PBHT

Cetusan Hati

Senja nan merah bertandang kembali sehari sekali setiap hari....aku masih bertemankan kamar yang sepi... setia bersama kenangan2 silam yang pernah suatu ketika dahulu membahagiakan diri ini.. ku baca novel sambil meratapi setiap bait kata dan akhirnya aku tenggelam dalam lamunan ciptaan aku sendiri..novel ku tutup rapi sambil termenung sendirian....Aku kaku sambil kotak fikiran ku menerawang ke masa silam yang telah lama terbuku dalam hati aku..bayangan yang pernah menghantui aku suatu ketika dahulu kini terbayang lagi di tubir mata... seperti di berada di hadapan aku namun aku tahu itu hanya mainan perasaan semata.. Aku cuba melawan rasa hati namun hati aku kuat berkata-kata.. Aku berbicara dengan hatiku sendiri.. 'kita berpisah bukan kerana dendam,dan kita kita berpisah bukan kerana benci tetapi kerana sayang... kerana sayang juga kita terpaksa melakukan pengorbanan demi kebahagiaan kita berdua.. kita berpisah kerana engkau punya tanggungjawab dan aku masih punya masa hadapan yang lebih cerah... kau tidak sanggup melukai hati pasanganmu kerna itu kau terpaksa melepaskan aku walaupun hatimu tidak merelakan..walau engkau tidak pernah menyatakan sebab musabab kau terpaksa melepaskan aku namun aku tahu alasannya kau bertindak sedemikian.. aku terima perpisahan ini dengan hati yang terbuka tanpa setitik pun airmata ku mengalir..aku sedar bahawa perkara ini pasti terjadi namun hati aku.....Aku hanya mampu tergamam membaca setiap kata-kata yang kau utuskan pada ku.. berulang kali aku membacanya seperti aku kurang percaya apa yang ada di hadapan mata ku..namun tanpa banyak soal aku hanya merelakan perpisahan ini dengan hanya membalas perkataan 'OK'.. Tiada apa lagi yang mampu aku katakan ataupun bertanya... Tiada rasa marah atau ingin tahu puncanya...kau meminta maaf padaku namun tiada apa lagi yang harus aku maafkan walaupun ternyata hatiku bagai dirobek2 dengan pisau yang tajam...dan tanpa aku sedari mataku berkaca dan airmata berlinangan..sebak aku rasakan..aku merintih dalam diam...dihadapan teman sebilikku, aku berpura2 tersenyum sedangkan dalam hati, aku menangis semahu-mahunya... Sungguh aku xrela berpisah dengannya disaat aku terlalu menyayangi dirinya, disaat aku memerlukan dia sebagai teman bicaraku, teman suka duka ku, teman untuk aku meluahkan rasa hati..namun aku kehilangan dia sekelip mata.. aku hilang TEMAN BICARA ku... Tiba-tiba janji-janjinya pada ku terngiang2 di telinga...gelak tawanya, bicara romantisnya, suaranya bagai bermain2 di telinga ku...Namun itu semua hanya khayalan aku.... Kini aku sudah hilang semuanya..semua yang pernah menjadi milikku.. Andai diberi peluang untuk menemuinya, tidak mungkin aku akan terima...menenmuinya hanya menyakitkan aku.. dan menemuinya akan hilang segala kudrat ku waima untuk berdiri pun aku tidak mampu mungkin kerana hati ku sangat terluka dan mungkin juga kerana aku masih lagi hidup dalam bayangannya.......


Kenangan 2009-PBHT

Monday, June 13, 2011

Celoteh Manjang

Salam u olls...p khbr?? PBHT harap2 korg sihat la hendaknya yerr... ermm..da bpe mggu da xbuka blog sndri..hikhik..windu asenya Errmm..actually PBHT just came back from Republic Of Singapore.. Tujuan utama kesana bukan untuk bersuka-ria ttpi ada perkara yg perlu di settlekan.. Andai sesiapa yg mengenali PBHT pasti tahu akan status sebenar PBHT dan merangkumi my siblings.. Asal usul kami bkn org Malaysia..  So, nk share story kat sini yg PBHT lahir kat Hospital Kandang Kerbau @ dikenali sebagai Womens and Children's Hospital.  Ramai yang tergelak bile PBHT nyatakan nama hospital tu tetapi korg blm lg tgk keadaan atau pun suasana hospital dia..kalah hotel 5 bintang..kalo kat sana..cume ade 2 hospital shja untuk org melahirkan anak iaitu Hospital Kandang Kerbau dan National University Hospital ataupun nama singkatannya (NUH). PBHT dilahirakan di sana termsk my siblings.. Hidup disana selama 12 tahun dan mula berhijrah ke Malaysia pd tahun 2007. Mulanya education PBHT pd umur 5 tahun di Madrasah Ar-Raudhah dan memulakan primary sch di Keming Pri Sch (drj 1-2) iaiatu pd thun 1997-1998 ketika itu,PBHT duduk di Bukit Batuk dan pd tahun 1999, berpindah di Admiralty,Woodlands dan penyambung pengajian di Evergreen Pri Sch(1999-2002).. tapi adik2 PBHT tak sama sekolah ngn PBHT..Dorang disekolahkan di Woodgrove Pri Sch kerana kata ibu..sekolah PBHT jauh dari rumah.. My adik2 g skola naik basikal but PBHT g skola naik bus with my friends sampai la tamat zaman sekolah rendah.. So,msa duk sngpre dlu, kiranya kg PBHT kat melaka lah kan.. sbb fmly belah ibu org melaka..belah ayah yg org singapore.. Ibu amek keputusan tuk duduk di Malaysia and masa cuti sekolah pd bulan 6 (kalo kat singapore, cuti pd bulan 6, cuti sebulan) tu yg best tu...Ibu pun apply la untuk ktorg jdi rkyt Malaysia..lama gak la nk pat jdi rkyt sini..PBHT amek PMR guna IC Singapore... Memang rimas la bile setiap kali Pengawas yg jaga asyik sangkut kt meja PBHT jerr... pastu asyik jdi perhatian setiap Pengawas yg jaga.. Cume ayu sellu dgr kata cikgu yg incharge tuk PMR time tu agar jgn risau sbb drg xley wat apa2 n PBHT tak wat salah apa2..Walau lahir kt luar ngra mana sekali pun PBHT layak amek exam tnpa sebarang halangan.. Mula2 mmg rimas tpi lama2 da ok..Sama jg la yg dilalui adik2 PBHT jugak..dan alhamdulillah pd umur 16 tahun bru disahkn rkyt Malaysia but tidak pada kerajaan sana..tahun 2011 ni pd bulan sept ni genap PBHT 21 thun n i have to go back to sgpre for the renounce of malaysian citizen...aritu g pasal adik no 3..nk minta pengecualian NS(National Service)  tu pun biler samapi umur tertentu kene trun agy sana sampai umur 21...(byk sgt procedure yg haru dilalui tapi ini lah yg harus ktorg lalui... Harap2 sumenya berjalan dgn lancar... Ok sampai sini dlu lah celoteh PBHT yerr...

Celoteh Aku-PBHT

Monday, June 6, 2011

celotehyangxsudahsudah...

Yuhuu Korg..sihat tak ni?? PBHT harap korg sihat la hendakknya..mana yg xsihat tu..jgn lpe p mkn ubat naa.. PBHT batuk2 ckit(byk pn de gak) tu la..minum air sejuk agy..kan da batuk2..hehe.. k arr.. malam ni PBHT nk citer kt korg ttg satu ceritera hidup PBHT yg mmg xkan PBHT lupakan lah... OK2...citernya cm nie.. Ibu kpd PBHT ni bekerja kt satu cmpny ni...then Adik PBHt ni plakk,terpksalah stay kt umah sedara..kalo da duk amai2 ni..ada satu perkara je yg PBHT xberapa nk suka lah..mesti akan timbul penyakit gatal2 sampai berdarah2... Masa tu lak tga musim gatal2..xthu la apa pasalnya.. dri sorg yg kene kini berjangkit sorang ke sorang..eeuuiiiwww...mmg menjijikkan...tgk kulit sampai terkupas2 n bernanah..mmg geli.. PBHT yg tgk pun rsa geli sgt...tpi kesian kt my adik la.. Dia pn jdi mangsa keadaan..My adik mmg kesian coz dia terkena penyakit Kudis Buta kat kepala dia..bayangkan lah..kulit kepala dia terkopek n kdg2 bernanah..PBHT yg tgk pn xsampai hati.. apatah lgi setiap hari dengar rengekan dia pd My mom..Mmg kesian..tpi apalah My Mom ley wat.. Ibu kene kerja, dan my adik xde pilihan lain selain duduk kt rumah sedara PBHT tu jgk.Then msa hujung mggu, adik duduk ngn PBHT kt rumah..oleh kerana dah xtahan tgk penderitaan si adik yg rmbutnya asyik sakit je.. kerana termasuk dlm bahagian yg bernanah tu, PBHT wat keputusan nk gunting rambut kt bahagian yg bernanah tu.. PBHT pun apa agy,amek la gunting..puas jgk memujuk si adik..PBHT thu dia tkut nk gunting rmbutnya kerana tkut terkena kudis di kepalanya tapi PBHT meyakinkan agr dia tidak terseksa agy.. Bermula lah misi PBHT.... setelah beberapa minit, selesai lah keje PBHT................................................................

"Adik!!!!!!!!!!!! Apa da Jadi Ni????????? Apa da jadi pada anak Ibu??????????" "Siapa yang buat nie adik?" Adik PBHT trus merengek aka mengadu...."PBHT yg wat".. pe agy,PBHT pun bersedialah untuk tebalkan telinga dgn serangan2 yg seterusnya dri Mem Besar kt umah nie..."Apa yg salahnya, org nk tlg jerr.." rintih PBHT dlm sepi(sepi la konon kan...)...  "Apa ni, lopak sana lopak sini, dah mcm budak cacat ko wat adik ko ni..dia gunting  rambut adik guna gunting apa?" tnya Mem Besar Kat Umah ni.. "Guna Gunting Warna Merah tu" jwb adik... "Yela, PBHT potong rmbut yg de kt bhgian bernanah tu jela.. da byk sgt nanah dia, sbb tu jdi lopak sana lopak sini..."..............dan PBHT pun msk tidur.....

Bile da malam..bru PBHT perasan..eyh...sape yg botak head ni?? FFuuhhyyoOOOO!!! Adik Ku da bertukar jdi TOYOL!!! hakhakhak....bulat wa cakap sama luu!!!!!!! comey ngn pipinya yg tombam...hakahka... "Ni sume PBHT la punya pasal!" marah adikku... dan ayat yg paling PBHT xblh lupa lah..ayat yg diucapkan oleh Mem Besar ialah "Apa ni, lopak sana lopak sini, da mcm dak cacat ko wat adik ko ni..dah la gunting rambut adik dia guna gunting siang Ikan...."bebel Mem Besar sambil usap2 kepala adik PBHT..tibe2 PBHT gelak sndri..xthan dgr ayat GUNTING GNE GUNTING SIANG IKAN... hahahahaha...
kenangan beb...mmg xle lupa arr... k arr.. ni jerr citer PBHT nk share mlm ni...


Kenangan Mencuit Hati-PBHT