BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 26, 2014

Jiwa

hey.. lama dah xmenjenguk blog sendiri... haha... diam xdiam dkt setahun lebih mungkin..
bermula dari semalam terasa nak menulis kembali tapi apa yang nak aku tulis kan?

segalanya bermula dari hati. bile sesuatu yang terpendam tu kita rasa sangat berat untuk ditanggung dan tiada siapa yang kite rasa mahu dan mampu mendengar luahan hati ni... hanya dengan berbekalkan keypad untuk menaip...yelah kan skung ni mana lagi nak menulis cm dulu2 dah..

susah untuk menyuarakan isi hati mungkin memang aku seorang yang agak berat mulut dan juga sukar untuk berkongsikan tentang apa yang aku rasa.. mungkin dulu aku seorang yang terbuka untuk menceritakan segalanya di blog yang kian bersawang ni.. tapi kini.. mungkin pengalaman mematang kan aku..

cukup hanya aku sahaja yang tahu apa yang aku rasakan.. sejujurnya hati aku sangat tidak tenang.. persoalan yang timbul dan jawapan kepada persoalan ada pada aku tapi mungkin keadaan yang tidak akan sesekali mengizinkan dan jikalau aku nekad dengan keputusan yang aku bakal ambil.. mungkin akan ada hati yang akan terluka.. dan sememangnya itu yang harus aku elakkan..

kadangkala berdiam diri itu untuk menyelamatkan keadaan dan tidak dinafikan ianya tersangat lah sakit bagi yang memendam...

keindahan sebuah senyuman jangan disangka tiada suramnya.. kehidupan tetap harus diteruskan..
jika tidak kiri, pergilah ke kanan.. berdiri tegak,memandang kehadapan..
biarlah andai kata kite mengecap kebahagiaan wlpn sekejp cume.. secepatnya pergilah dari situ.. kerana manis nya hanya sementara dan yang bakal menjelang hempedu semata..

mungkin ianya panas..seiras wajah.. itu lah yang sering diperkatakan dan dipersoalkan... kemanakah aku setelah itu?.. mencari tempat untuk berteduh.. pergilah aku membawa hati..

walaupun hati kerap kali terluka tapi senyum tetap aku sua..
biar lah hari berganti hari...

Insya'Allah bertemu pasti..

Maaf andai entri kali ni sangat membosankan.. aku xberharap agar korg yang membaca memahami aku.. kerana hanya jiwa dan diri aku sendiri yang memahami diri aku.

Salam.

0 comments: