Semakin lama aku rasa seperti aku dibenci oleh dia.. Kenapa aku rasa mcm tu? Sedangkan kata MAAF telah di beri antara satu sama lain tapi kenapa??? Aku rasa jauh sangat..seperti tidak merasa akan keikhlasan dari pihak sana? Ya Allah, ampunkan aku andainya aku telah merasai satu keraguan terhadap perkataan yang sungguh suci itu .. aku mengucap beberapa kali agar disedarkan hati... Moga aku tersedar akan kesilapanku sendiri... Aku berfikiran positive dan aku tahu kata-kata itu lahir dari hati nuraninya......
Thursday, December 29, 2011
Sekadar Coretan Bersama..
Posted by puteribumihangtuahayumi at 6:03 AM 0 comments
Wednesday, December 7, 2011
andai jodoh,xkan kemana
kadang-kadang orang kata cinta itu tu perlukan pengorbanan...
orang juga kata cinta tu buta...sebuta hati manusia itu sendiri..
Kadang-kadang Cinta itu xseharusnya memiliki dan dimiliki..
Alhamdulillah da 21 tahun aku hidup dia dunia fana ini...
Sebagai seorang yang meningkat dewasa, aku juga teringin untuk merasai nikmat dunia....
Nikmat yang dikatakan di peringkat remaja...'In Love'
haha... bukan xmahu bercinta lg selepas cinta2 yg lalu terkandas tapi
biasalah... untuk mencari bknnya mcm main pilih baju je kan..hahaha....
kadang-kadang bile kite sukakan seseorang tu, belum tentu org tu sukakan kite dan begitu juga sebaliknya..
jadi aku harus percaya yang bahawa..... Cinta itu akan datang juga 1 hari nnti dan jgnlah terlalu mengharapkannya..
hari ni pada tanggal 7 Dec, aku dengan rela hati telah text ex aku.. walaupun hati aku 50-50 pada mulanya namun aku nekad untuk meminta maaf pd dia atas sume kesalahan n keterlanjuran kata aku padanya suatu ketika dahulu hingga menyebabkan hubungan kami terus retak dan akhirnya terpisah.. Mungkin juga silap aku kerana sikap aku yang mungkin pada masa tu agak kurang matang merimaskan si dia dan mungkin juga dengan kata-kata aku telah mengugriskan hatinya.... akhirnya dia telah memaafkan aku cume aku harus akur bahwa aku harus melupan dia untuk selamanya...walaupun aku sedih tapi alhamdulillah hati aku lega bile dia sudi memaafkan aku... permintaannya aku terima dengan hati yang terbuka dan aku harus blaja perkataan 'pasrah' dalam hidup aku dalam meniti kehidupan aku yang masih panjang( semoga Tuhan panjangkan umurku).. Aku juga akan mendoakan kesejahteraan dia.. Walaupun dia minta untuk aku melupakannya, aku xberani untuk meng'iyakan hnya aku mengatakan bhwa aku tidak lagi berharap padanya...
Aku cuba untuk mencari cinta baru dalam hidupku walaupun belum ku temui lagi atau juga ianya masih sama-samar dalam bayangan... kuatkan hati... teguhkan lah Iman didadaku Ya Allah...
Semoga aku dipertemukan jodoh yang baik..Amin....
jom layan lagu niyh...
Posted by puteribumihangtuahayumi at 6:45 AM 0 comments
Saturday, December 3, 2011
NORA II
Nora meniti hari-harinya dengan biasa.. siang, dia seorang yang tenang, ceria disamping teman-temannya namun dia benci dikala malam datang menyingkap...pasti bayangan Nazrul datang bertandang... dan bermulalah episod linangan airmata.. apabila lampu bilik dimatikan, Nora pun menoleh ke arah tingkap yang ditutupi dengan tirai.. dan malamnya bertemankan sendu.. begitulah Nora...
Posted by puteribumihangtuahayumi at 9:45 AM 0 comments