Senja nan merah bertandang kembali sehari sekali setiap hari....aku masih bertemankan kamar yang sepi... setia bersama kenangan2 silam yang pernah suatu ketika dahulu membahagiakan diri ini.. ku baca novel sambil meratapi setiap bait kata dan akhirnya aku tenggelam dalam lamunan ciptaan aku sendiri..novel ku tutup rapi sambil termenung sendirian....Aku kaku sambil kotak fikiran ku menerawang ke masa silam yang telah lama terbuku dalam hati aku..bayangan yang pernah menghantui aku suatu ketika dahulu kini terbayang lagi di tubir mata... seperti di berada di hadapan aku namun aku tahu itu hanya mainan perasaan semata.. Aku cuba melawan rasa hati namun hati aku kuat berkata-kata.. Aku berbicara dengan hatiku sendiri.. 'kita berpisah bukan kerana dendam,dan kita kita berpisah bukan kerana benci tetapi kerana sayang... kerana sayang juga kita terpaksa melakukan pengorbanan demi kebahagiaan kita berdua.. kita berpisah kerana engkau punya tanggungjawab dan aku masih punya masa hadapan yang lebih cerah... kau tidak sanggup melukai hati pasanganmu kerna itu kau terpaksa melepaskan aku walaupun hatimu tidak merelakan..walau engkau tidak pernah menyatakan sebab musabab kau terpaksa melepaskan aku namun aku tahu alasannya kau bertindak sedemikian.. aku terima perpisahan ini dengan hati yang terbuka tanpa setitik pun airmata ku mengalir..aku sedar bahawa perkara ini pasti terjadi namun hati aku.....Aku hanya mampu tergamam membaca setiap kata-kata yang kau utuskan pada ku.. berulang kali aku membacanya seperti aku kurang percaya apa yang ada di hadapan mata ku..namun tanpa banyak soal aku hanya merelakan perpisahan ini dengan hanya membalas perkataan 'OK'.. Tiada apa lagi yang mampu aku katakan ataupun bertanya... Tiada rasa marah atau ingin tahu puncanya...kau meminta maaf padaku namun tiada apa lagi yang harus aku maafkan walaupun ternyata hatiku bagai dirobek2 dengan pisau yang tajam...dan tanpa aku sedari mataku berkaca dan airmata berlinangan..sebak aku rasakan..aku merintih dalam diam...dihadapan teman sebilikku, aku berpura2 tersenyum sedangkan dalam hati, aku menangis semahu-mahunya... Sungguh aku xrela berpisah dengannya disaat aku terlalu menyayangi dirinya, disaat aku memerlukan dia sebagai teman bicaraku, teman suka duka ku, teman untuk aku meluahkan rasa hati..namun aku kehilangan dia sekelip mata.. aku hilang TEMAN BICARA ku... Tiba-tiba janji-janjinya pada ku terngiang2 di telinga...gelak tawanya, bicara romantisnya, suaranya bagai bermain2 di telinga ku...Namun itu semua hanya khayalan aku.... Kini aku sudah hilang semuanya..semua yang pernah menjadi milikku.. Andai diberi peluang untuk menemuinya, tidak mungkin aku akan terima...menenmuinya hanya menyakitkan aku.. dan menemuinya akan hilang segala kudrat ku waima untuk berdiri pun aku tidak mampu mungkin kerana hati ku sangat terluka dan mungkin juga kerana aku masih lagi hidup dalam bayangannya.......
Wednesday, June 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment