BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 23, 2011

Cetusan Hati Aku

Dan malam ni aku menangis lagi.. aku xthu nak luah pada siapa.. malam yang bertemankan sepi ni.. aku keseorangan di kamar bertemankan seraut wajah yang suatu ketika dulu yang pernah menyayangi aku dan bagitu juga aku.. tapi hingga kini..aku masih menantinya walaupun hasrat untuk memilikinya hanya sia-sia belaka kerana sampai bila pun dia takkan menjadi milikku.. Rindu aku pada dia hanyalah sia-sia tapi apa yang harus aku lakukan sebagai seorang wanita kerana ini bukan kehendak aku, tapi ini adalah hati dan perasaan aku.. Jika ikutkan hati,ingin saja aku membuangnya jauh dari hidup aku ingin sekali aku campakkan semuanya agar tiada apa yang tinggal untuk aku mengenangkannya lagi.. Tapi aku xberdaya.. Semakin aku cuba menjauhinya, semakin dekat dia dengan aku.. Kenapa? Ya Tuhan? Kenapa harus dia yang aku harapkan? Kenapa harus dia yang aku bayangi? Aku penat berlawan dengan perasaan ku sendiri.. Kau,wahai manusia yang sering aku bayangi, jangan kerna engkau yang berjaya mengawal otak dan fikiranku berasa bahawakau berjaya menakluki aku..TIDAK!! tidak semudah itu!! kau tahu..walaupun aku yang kau hina walaupuan aku yang kau maki dan benci tapi ingat aku juga(kaum Hawa) punya harga diri.. Ketika aku merayu dan mengemis masih mengharapkan kasih dari kau wahai kaum Adam, kau dengan senang hati menuduh ke, menghina ku dan tanpa rasa bersalah membuangku dari hidupmu.. Kau buang aku yang pernah kau kongsi segala suka-duka, kau buang aku yang selama ni bersama kau,menemani siang malam kau, yang menjadi tulang belakang kau untuk melihat kau berjaya, menjadi teman setia mati kau.. Tapi pengorban aku hanya sia-sia belaka..Kau buta Wahai Cinta..Kau terlalu buta dalam menilai erti Cinta dan Kasih Sayang yang aku berikan pada kau, yang xpernah ada lagi wanita yang menyayangi kau seperti mana aku yang pernah kau ucapkan pada aku suatu ketika dahulu..Aku tidak memandang paras rupa mu seperti mana gadis2 yang pernah mendekati kau,wahai kekasih, aku tidak pernah mengejar harta kekayaanmu, kerana dari awal perkenalan,aku tak pernah tahu akan status kedudukan kau. Aku tak pernah pandang akan kekurangan kau sebagai seorang lelaki kerana apa? Kerana aku pernah kata pada kau.. "Aku Cintakan Kau kerana Kau adalah Kau Wahai Kekasih" Aku sentiasa meletakkan kau didalam lubuk hati aku ni dan aku juga pernah berkata begitu pada kau.. Tapi dimanakan kedudukan aku sebagai kekasih pada engkau? Gambar-gambar yang engkau berikan,aku simpan, tapi gambar-gambar yang aku berikan, engkau buang dengan tanpa rasa bersalah. Aku sedih,aku kecewa.. Siapa aku pada engkau..engkau jawab 'aku adalah kekasih kau' tapi Kekasih Hanya Pada Nama......

Cetusan Hati Aku-PBHT

0 comments: